Bengkel Pembangunan Aplikasi PnP
Alhamdulillah, berkat usaha dan doa serta bantuan rakan-rakan sekerja, saya dipanggil sebagai Penceramah/Fasilitator untuk memberi kursus/bengkel kepada Pensyarah Politeknik METrO (PMTG) Tasek Gelugor dan juga Pensyarah Politeknik Zon Utara (PBU, PSP dan PSAS) yang mana rata-ratanya berlatar belakangkan bidang Video & Filem, Teknologi Pemainan, IT, Komputer, Pengaturcaraan, Networking dan sebagainya. Kursus/bengkel ini adalah dibawah Program We 'R' Blended. Untuk selanjutnya boleh klik
di sini.
Namun dengan ilmu yang setitik ini saya tabahkan diri dan dalam pemikiran saya hanya satu iaitu "Share Knowledge". Bengkel tersebut dijalankan selama 3 hari 2 malam yang mana saya mengambil 2 slot untuk Pembangunan Aplikasi PnP. Kursus/bengkel ini diadakan di Terinai Lakeview, Berseri, Perlis dan secara keseluruhan tempatnya menarik dan makanannya pun sedap sedap belaka.
Dalam bengkel ini saya pelbagaikan cara penyampaian saya dengan menggunakan pelbagai aplikasi online seperi
Blendspace,
Proprof,
Slideshare,
Flipsnack dan lain-lain lagi bagi menarik minat peserta.
Sambil itu juga saya memperkenalkan cara untuk tahu versi Android OS yang terdapat di dalam
smartphone kepada peserta. Selain itu, mereka juga telah didedahkan dengan teknologi gajet terkini yang mana mudah dan mudah didapati di pasaran seperti Smartphone DOOGEE (murah & highspec),
USB OTG,
Wireless Display Dongle,
Air Mouse with Keyboard dan seumpamanya.
Dalam tak sengaja apabila kita berkongsi ilmu, saya juga dapat ilmu lain seperti bagaimana hendak membuat short url, bagaimana hendak membuat
Learning Object kepada Video & Filem, perisian yang digunakan serta saya dapat perisian baru yang mana kita boleh bangunkan aplikasi android secara
desktop (
offline).
Sebelum terlupa, terima kasih sekali lagi yang tak terhingga diucapkan kepada Tuan Mohd Mamsin bin Anor kassim (PBU), Cik Normatul Shafinaz binti Omar (JPP), Puan Salbiah binti Kassim (PMTG) and the team serta rakan-rakan pensyarah Politeknik Zon Utara (PBU, PSP dan PSAS) kerana sudi mendengar intipati kursus ini. Insha Allah jika tiada aral kita jumpa lagi di lain waktu. Tidak lupa juga kepada Pegawai Blended Learning PSAS iaitu
Puan Darni binti Darmin kerana mempromote diri saya untuk memberi kursus/bengkel ini. Moga Sukses selalu. Berikut adalah contoh apps yang telah dibangunkan.