Kursus Mobile Learning
Kursus ini telah dikendalikan oleh saya dan Puan Noor Raishah di mana ia telah dijalankan dengan jayanya selama 2 hari di Bilik Mawar, ULPL PSAS.
Untuk menghasilkan aplikasi mobile learning berbentuk android apps ini, para peserta telah didedahkan terlebih dahulu dengan asas pembangunan aplikasi seperti Android, Sistem Operasi, QR Codes dan banyak lagi.
Di akhir kursus ini didapati bahawa pelbagai aplikasi android dalam bidang akademik telah dihasilkan. Berikut adalah antara contoh mobile learning yang mana boleh diketengahkan lagi.
Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telibat terutamanya pihak ULPL PSAS, Pegawai Blended Learning PSAS iaitu Puan Darni binti Darmin serta Penyelaras Blended Learning Jabatan yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.
No comments:
Post a Comment